ReviewReviewReviewReviewBiarlah Ku SendiriApr 15, '08 1:48 AM
for everyone
Category:Books
Genre: Other
Author:KarnaDya
Buku NOPEN (Novel Pendek) terbitan syarikat KarnaDya ini adalah gabungan 7 Kisah menarik dari 6 penulis - penulis novel kreatif Malaysia. Terus terang pada asalnya saya beli novel nie atas nama Bikash Nur Idris, penulis novel kesayangan saya. Setakat nie belum pernah lagi saya ketinggalan dalam memiliki novel2 penulisan Bikash. Namun selepas selesai membaca ke tujuh2 NOPEN didalam buku ini... Saya berpuas hati ngan gabungan NOPEN didalamnya.

Aku Cinta Padamu (Karya Bikash Nur Idris)
Saya memulakan bacaan dgn hasil karya Bikash walaupun hakikatnya karya Bikash dimuatkan dlm Karya yg ke-5 pd mukasurat 211.

Secara ringkas Aku Cinta Padamu membawa kisah bagaimana semua ikatan persahabatan antara Jan & Adam akhirnya berakhir ngan Cinta tanpa mereka sedari.. Kadang2 kita tidak sedar bahawa cinta yg kita cari sebenarnya ada di depan mata. Unsur Romantic comedy yg diselitkan dlm NOPEN ini mmg menarik.

Biarlah Ku Sendiri (Hasil Karya Mimie Afinie

NOPEN ini mengisahkan dilema yg di alami Suria kerana peristiwa hitam yg berlaku pd dirinya sewaktu ia berusia 15 tahun. Peristiwa hitam itu membuatkannya takut utk jatuh cinta. Namun kehadiran Nasri mengubah pendiriannya lalu ia jatuh cinta.. Malang bila cinta berakhir dengan tragedi yg menimpa Nasri.

Saya agak kurang meminati pengakhiran cerita ini.. kerana cinta sejati tak seharusnya begitu. Namun ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja.

Merajuk (karya Oshun Muhammad)
Cerita nie mengisahkan rajuk Nurin pd keluarganya. Mungkin kita rasa Nurin anak derhaka pada awalnya nmun selepas membaca NOPEN ini saya merasa simpati dengan watak Nurin. Ternyata kerana harta kasih sayang boleh berubah menjadi benci. Kerana harta sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh bisa menjadi duri di hati.

Cinta Terakhir (Karya Izza Aripin)

Cinta Terakhir merupakan kisah cinta remaja sehingga dewasa. Kisah Cinta Pertama & Terakhir Kay Azlinda & Shah Firdaus. Ceritanya agak menarik. NOPEN ini dipenuhi ngan perasaan cinta, benci, hasad dengki, dendam & iri hati. Kerana cinta manusia boleh melakukan apa sahaja. Walaupun perkara itu di anggap kejam. kerana cinta manusia sanggup mengenepikan pendirian diri.

Pelangi Senja (Karya Dewi Sukma)
Cinta Rin rupa2nya adalah Farhan iaitu lelaki yang membesar bersama-samanya. Kerana darjat dan sahabat Rin menafikan cintanya.. Dia sembunyikan perasaannya itu kemas2 dalam lipatan hatinya. Namun akhirnya Diari & Wasiat Nurul Azwa membongkar segalanya.

Pak Mat Kengkang (Hasil Karya Oshun Muhammad)
Mula2 membaca tajuknya saya sangkakan NOPEN ini pasti cerita komedi. Namun ternyata Pak Mat Kengkang penuh dengan nilai kehidupan, kemanusiaan, kasih sayang & Persahabatan. Nopen ini menyedarkan kita tidak semua orang dilahirkan bernasib baik & ditakdirkan utk menjadi jutawan. Namun usaha akan mengubah nasib seseorang. Mungkin tidaklah sampai bergelar jutawan. Kisah ni juga mengajar kita utk tidak menilai pendapat seseorang hanya pada tahap pendidikannya. Kadang2 orang yang tidak berpendidikan tinggi nie sebenarnya lebih bijak, cerdik, matang dan berpandangan bernas dari mereka yang mempunyai segulung ijazah.

Sebuah Kepalsuan (Hasil Karya Tanne Hadihaz)
NOPEN ini jg agak menarik bagi saya. Kisah bagaimana seorang lelaki yang jatuh cinta kerana aturan ibunya yang merancang agar anaknya berpura2 mencinta seorang gadis semata2 kerana gilakan harta gadis itu. Namun kuasa tuhan takkan boleh kita lawan. Percintaan palsu itu akhirnya menjadi cinta sejati yg sekaligus merobohkan benteng keegoan & sikap tamak haloba si ibu.

Apa2pun bagi saya tak rugi kita berbelanja sejumlah RM 16.00 @ RM 19.00 utk NOPEN ini...


Add a Comment
How would you rate this book? (optional)
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help